Apa kekurangan aku berbanding orang lain? Kenapa orang lain boleh lakukan???? Kenapa aku tidak boleh???? Adakah kecantikan luaran menjadi pengukur. Adakah orang itu baik jika luarannya nampak sempurna??? Adakah orang itu jahat disebabkan luarannya hodoh dan tidak sempurna??? Adakah aku tergolong dalam kalangan golongan ini sehingga aku tidak boleh mencapai benda yang aku inginkan.
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidupku.
Berikanlah kekuatan untuk menghadapi cabaran ini.
Ya Allah, dan janganlah Engkau jauhkan diriku dari-Mu walaupun sesaat.
Ya Allah, yang maha pengasih lagi maha memahami. Hamba-Mu yang kerdil.
Jadi, aku berjanji akan kuat dan yakin. Yakin dapat mengubah diri menjadi lebih baik dan melakukan yang terbaik. Kerana aku percaya yang Allah memberi manusia itu ujian kerana ingin mengetahui kesabarannya.