"SETIAP KATA-KATA ITU ADALAH DOA. OLEH ITU, SENTIASALAH BERKATA YANG BAIK SAMA ADA UNTUK DIRI SENDIRI ATAUPUN SESAMA SAUDARA"

Wednesday 27 February 2013

JADILAH SEINDAH MAWAR BERDURI





"Jadi bunga seindah MAWAR BERDURI,
Yang menjadi impian setiap MUSLIMAH
Yang indahnya bukan untuk LELAKI,
Tetapi untuk permata yang bernama SUAMI"

“Jadilah sekuntum BUNGA MAWAR yang INDAH berpagarkan duri.
Jangan biarkan dirimu menjadiI SEBARANGAN BUNGA Yang tetap juga INDAH tapi SAYANG,
Tidak berduri.
Apabila TIADA DURI,
Tiada lagi benting yang boleh melindungi keindahan SI BUNGA daripada sewenang-wenangnya dikhianati..
Lantas,
Tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya.
DURI MAWAR itulah yang diibaratkan dengan PERBATASAN AURAT,
AKHLAK dan AL-HAYA’.
JADILAH SEINDAH MAWAR BERDURI.
Kelak,
Akan mengundang kekaguman dihati SANG KUMBANG
Hinggakan SANG KUMBANG berfikir beberapa kali untuk mendekatinya..."


~insyaallah~
>.<


Thursday 7 February 2013

Penyakit Malas, ada ubat ke...????

Pernah tak korang berhadapan dengan orang yang malas...??? Tak kira lah malas belajar, malas mengemas atau malas nak bergerak klau boleh nak relax je pastu lepak-lepak kat katil. Ada setengah nak tengah laptop 24 jam sampai tak ingat nak makan pun ada. Kalau ada benda-benda cam nie kat diri korang memang la korang nie pemalas. Tapi, saya rasa kalau cam nie tak adalah malas sangat, yang nie tahap biasa-biasa je. Kalau nak ikut pengalaman saya sendiri, saya dah jumpa ramai manusia yang  malasnya ditahap luar biasa, memang malas diorang tahap tidak dimaafkan. Contohnya, lepas makan tak terus basuh pinggan, tinggal macam tu je sampailah berlendir, tak pernah kemas rumah.."berkubang" macam sarang tikus. Ishh memang sangat malas. Kalau nak tengok apa yang dia buat tak ada lah sibuk sangat, banyak masa terluang. Tapi, dia nie memang kalau ada masa, dia akan tidur walaupun 15 minit. So, memang malas la kan..!!! Kalau boleh, saya tak nak jumpa dah orang-orang macam nie. Tahu kenapa...???? Sebab saya mudah rasa berserabut dan mulut saya nie memang suka berleter. Bukan saya tapi mulut saya.

So, korang tanyalah diri sendiri...!!!!Apalah susah sangat nak sapu rumah...??? Susah ke nak basuh pinggan..??? Susah ke nak lipat kain..???

Aigooo..
Aigooo...
>_<

Klau cam nielah keadaanya, macam mana orang kat sekeliling boleh tahan, akhirnya lari...!!!
Bila dah lari, merana dan sedey. Jadi, tepuk dada tanya selera.

Ada orang kata, penyakit malas nie penyakit keturunan..betulkah..??? Memang tak masuk akal, tapi kadang-kadang andaian ini memang betul. Dan apa yang saya perhatikan kat sekeliling, memang benda nie berlaku. Kalau omaknya, anaknya mesti malas..!!! Sebenarnya, ia bukanlah penyakit keturunan tetapi didikan daripada ibu bapa sendiri....

So, kalau tak nak anak korang jadi pemalas, rajin-rajinlah didik diri jadi seorang yang rajin.

Sekian
>.<

Wednesday 6 February 2013

~Nasihat Seorang Kawan~



"Good friends are like star.You don't always see them, but you know they always there for you"

Semenjak keje part time at c.c nie, saya jumpa ramai  kawan sekolah yang hampir 10 tahun tak jumpa. Ada yang sedang belajar, bekerja dan yang dah kahwin pn ada. Nie sebenarnya petanda kita nie dah tua. Hee....Banyak sangat perubahan yang saya tengok dekat diri mereka sama ada secara fizikal mahupun intelektual. Yang seorang kawan nie, dulu biasa-biasa sahaja, malah kalau tengok dari segi akademik, saya rasa okay saya lagi kot. Tapi, sebab dah lama tak jumpa, jadi kitorang berboraklah. Hampir 3 jam kami berborak tak henti-henti. Maklumlah lama sangat tak jumpa.  Satu persatu rahsia dia saya korek. Macam Joyah dah. Dia nie dari segi luaran taklah hebat sangat tapi bila dah lama berbual, saya jadi kagum pulak dengan dia, pengetahuan sangat luas dan saya juga terkejut dia nie merupakan seorang wakil pendebat Universiti. Wah!!! Lagi lah kagum, saya fikir macam mana dia boleh jadi macam nie. Macam mana dia boleh berubah ke tahap nie...???? Kagum-kagum!!!!! Jadi, saya cubalah korek rahsia  dia dan nak tahu apa yang dia kata!!!. "Sekarang nie zaman dah berubah, tak macam dulu..Sekarang ramai sangat orang pandai. Jadi, untuk bersaing dengan orang lain kita kena ada benda lain yang  orang lain tak ada."

Lepas tu, saya pun muhasabah diri. Saya tanya apa kelemahan saya!!! Apa kekuatan diri saya!!! Ada ke aku semua tu...??? Kalau ada kenapalah saya tak asah sejak dulu lagi..rasa rugi dan menyesal sangat sebab tak pernah beri peluang kepada diri sendiri untuk rasa pengalaman-pengalaman seperti dia nie...

Jadi, kesimpulannya:

  • Jangan judge orang luaran sahaja, mungkin dyorang lebih hebat dari yang disangka
  • Tengok kelemahan diri bukannya orang lain dan berusaha untuk berubah
  • Gunakan peluang yang diberikan untuk menimba pengalaman

Sekian
>_<

Tuesday 5 February 2013

~MuTiara KaTa~



Dunia ini umpama lautan yang luas, 
Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..
 andai muatan kita adalah iman,  
dan Layarnya takwa,
nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.