"SETIAP KATA-KATA ITU ADALAH DOA. OLEH ITU, SENTIASALAH BERKATA YANG BAIK SAMA ADA UNTUK DIRI SENDIRI ATAUPUN SESAMA SAUDARA"

Wednesday 6 February 2013

~Nasihat Seorang Kawan~



"Good friends are like star.You don't always see them, but you know they always there for you"

Semenjak keje part time at c.c nie, saya jumpa ramai  kawan sekolah yang hampir 10 tahun tak jumpa. Ada yang sedang belajar, bekerja dan yang dah kahwin pn ada. Nie sebenarnya petanda kita nie dah tua. Hee....Banyak sangat perubahan yang saya tengok dekat diri mereka sama ada secara fizikal mahupun intelektual. Yang seorang kawan nie, dulu biasa-biasa sahaja, malah kalau tengok dari segi akademik, saya rasa okay saya lagi kot. Tapi, sebab dah lama tak jumpa, jadi kitorang berboraklah. Hampir 3 jam kami berborak tak henti-henti. Maklumlah lama sangat tak jumpa.  Satu persatu rahsia dia saya korek. Macam Joyah dah. Dia nie dari segi luaran taklah hebat sangat tapi bila dah lama berbual, saya jadi kagum pulak dengan dia, pengetahuan sangat luas dan saya juga terkejut dia nie merupakan seorang wakil pendebat Universiti. Wah!!! Lagi lah kagum, saya fikir macam mana dia boleh jadi macam nie. Macam mana dia boleh berubah ke tahap nie...???? Kagum-kagum!!!!! Jadi, saya cubalah korek rahsia  dia dan nak tahu apa yang dia kata!!!. "Sekarang nie zaman dah berubah, tak macam dulu..Sekarang ramai sangat orang pandai. Jadi, untuk bersaing dengan orang lain kita kena ada benda lain yang  orang lain tak ada."

Lepas tu, saya pun muhasabah diri. Saya tanya apa kelemahan saya!!! Apa kekuatan diri saya!!! Ada ke aku semua tu...??? Kalau ada kenapalah saya tak asah sejak dulu lagi..rasa rugi dan menyesal sangat sebab tak pernah beri peluang kepada diri sendiri untuk rasa pengalaman-pengalaman seperti dia nie...

Jadi, kesimpulannya:

  • Jangan judge orang luaran sahaja, mungkin dyorang lebih hebat dari yang disangka
  • Tengok kelemahan diri bukannya orang lain dan berusaha untuk berubah
  • Gunakan peluang yang diberikan untuk menimba pengalaman

Sekian
>_<

No comments:

Post a Comment