"SETIAP KATA-KATA ITU ADALAH DOA. OLEH ITU, SENTIASALAH BERKATA YANG BAIK SAMA ADA UNTUK DIRI SENDIRI ATAUPUN SESAMA SAUDARA"

Monday, 28 January 2013

Boring sangat...layan..!!!

Minggu nie minggu yang sangat memboringkan. Jadi, disebabkan banyak masa yang terluang dan line internet yang sangat laju, jadi saya dengan sangat seronoknya mendownload citer korea yang terhangat sekarang. Dah lama dah nak tengok citer nie, tapi disebabkan drama nie x abis lagi disiarkan di negara diorang, jadi saya dengan berat hati menunggu. Tapi, penantian saya nie berbaloi. Drama nie best sangat...!!!!!

Nak tahu citer apa yang sangat duk gila sekarang nie...>,<

Drama Korea
I miss You


alo...dua-dua comey!!!

sapa-sapa nak tengok dan nak menangis, tengoklah. Kalu nk abis cepat tengok je online. Google je, pas 2 kualah. Tau, klau nak lebih senang, tengok kat TV9 kul 9.30 malam. Tapi x igt plop ari ape.
>.<



Sunday, 20 January 2013



~Miss Them Already~
Chemical Engineering Student
Batch 2008-2012


Tahun 2008 hinggalah tahun 2012, banyak sangat kenangan antara kita semua. Ada yang pahit ada juga yang manis. Namun,semua pengalaman ini berjaya ditempuhi sehinggalah menjadikan kita pada hari ini. Rasanya baru je hari pertama mendaftarkan diri di UTM. Dulu, ingatkan 4 tahun tu sangat lama. Tapi, pejam celik je, dah berada tahun 4 dan sekarang bergelar Fresh Graduate. Namun, kenangan dan pengalaman tetap menjadi memori paling indah dalam kehidupan ini. Terasa pulak ingin kembali macam dulu-dulu. Tak payah fikir pasal kerja, study je. Kalau dulu nak cepat-cepat habis belajar. Tapi sekarang, rasa macam nak buat assignment, nak stay up sampai lewat malam, nak tengok movie ramai-ramai, nak pergi makan malam dan macam-macam lah. Dan sekarang kehidupan sudah berubah, masing-masing sudah matang dan ada kehidupan masing-masing.  Kat bawah gambar kitorang waktu last week sebelum abis belajar, dalam keseronokan, terbit juga rasa sedih untuk meninggalkan UTM dan kawan-kawan.

>.<
Formal

Nakal

Gila-gila remaja
>.<

Beloved Faculty


Ada yang dah keja, ada yang sedang mencari,
Ada yang dah kahwin, ada yang sedang menanti,
Ada yang timang baby, ada yang still happy,
Yang pasti, saya ayat sebelah "kanan"
Still mencari, menanti dan tetap happy
>.<

Wednesday, 16 January 2013

Hari ini 17/01/2013


Hari ini ada banyak benda nak buat. Klau korang tgk kat gambar atas ada buku biru..nampak tak apa yang saya tulis. Tak nampak kan....????

Dulu waktu belajar, memang tidak ada masa...so, apa yang saya buat ialah senarai tugasan yang nak dibuat. Ini amat penting kerana tanpanya saya akan menjadi seorang 'blur' dan rasa tak ada keje. Jadi, dengan adanya senarai tugasan ini, saya menjadi seorang yang 'alert'.

~Cewah~
Ayat skema

Dalam kata yang lain ialah pengurusan masa sangat penting terutamanya kepada pelajar. (Nasihat daripada bekas pelajar). Tengok contoh kat bawah nie........
>.<

~Ini cara saya~
Kat bawah nie ada tip-tip macam mana nak urus masa korang. Mungkin dapat membantu:
  • Set matlamat dan strategi
  • Fokus matlamat
  • Buat jadual masa
  • Utamakan yang penting
  • Mewujudkan sistem perfailan
  • Kerjasama 
  • Analisis pencapaian lalu
  • Rancang kehidupan seharian
  • Selesaikan tugasan hari ini

InsyaAllah, kalu korang ikut tip2 kat atas nie dan istiqamah, korang akan berjaya menguruskan masa anda dengan betul.

Akhir kata:

Sunday, 13 January 2013

My cute pets

~Arnabku yang comey~
Bila balik kerja, benda pertama yang aku buat adalah ini:
"skodeng" these kawaii rabbits...

Arnab's Naim

~yang Cute kt atas nie yg saya punya~

Pesa's

Haikal's..yg nie paling kecian sbb kaki dy yang sebelah kanan cacat

Si Putih tu Firdaus punye. The only and one cute white colored rabbit